KUANTAN – Kerajaan Negeri merayu kepada Kerajaan Pusat agar mempertimbangkan semula keputusan membatalkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia akan menyebabkan ramai anak tempatan kehilangan peluang pekerjaan. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembatalan itu juga akan merugikan ketiga-tiga negeri – Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana kerja-kerja awal pelaksanaannya telah pun bermula. “Di Pahang sahaja, kemajuan yang dicapai ialah antara 13 dan 14…










