Operasi kesan gajah serang kebun durian diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi kesan gajah serang kebun durian diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan percaya seekor gajah dewasa yang menyerang dua lelaki sedang mencari durian di kawasan dusun di Kampung Laloh, Kuala Krai pada Rabu lepas, sudah kembali ke kawasan hutan berdekatan.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohd. Hasdi Husin berkata, gajah tersebut dipercayai terpisah daripada kumpulan 12 ekor gajah yang mendiami kawasan hutan Sungai Rek, Kuala Krai dan menceroboh kebun durian itu untuk mencari makan.

“Anggota Perhilitan sudah menjalankan operasi mengesan gajah tersebut tetapi gagal menemui dan dipercayai haiwan tersebut sudah memasuki semula kawasan hutan Sungai Rek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian Rabu lepas, Nordin Bakar, 40, dan anak saudaranya Norshahrin Che Ibrahim, 38, diserang seekor gajah ketika sedang mencari buah durian di kawasan kebun berkenaan.

Nordin yang mengalami kecederaan dirawat di Hospital Kuala Krai manakala anak saudaranya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dengan memanjat sebatang pokok durian. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN