Oktovia Manrose berdebar jadi Puteri Saadong - Utusan Malaysia

Oktovia Manrose berdebar jadi Puteri Saadong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pelakon Oktovia Manrose, 27, akui pada awalnya berdebar untuk menerima tawaran melakonkan watak Puteri Saadong yang merupakan kisah legenda negeri Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, dia bagaimanapun bersedia dan bersikap terbuka menerima kritikan warganet.

“Drama bersiri ini menceritakan tentang kehidupan Puteri Saadong dan sudah tentu saya ragu-ragu pada awalnya nak terima naskhah ini. Tetapi apabila pihak produksi menjelaskan keseluruhan jalan cerita barulah saya yakin untuk menerima tawaran tersebut.

“Umum ketahui naskhah ini memang berdasarkan kisah di zaman pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. Memang ia memberi bebanan untuk saya membawa watak Puteri Saadong dan tak dapat lari apabila orang akan membandingkan karakter saya dengan puteri sebenar.

“Ini cabaran buat saya sebagai anak seni. Saya terima tawaran ini pun sebab nak memberi warna dalam karier lakonan. Saya tidak kisah andai ada yang mengkritik lakonan saya nanti,” katanya.

Drama bersiri 13 episod itu merupakan arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin dan bakal memasuki set penggambaran selepas Aidiladha dan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur akan mengambil masa selama lebih sebulan.

Selain Octovia Manrose, pelakon Pekin Ibrahim, Bea Balqis dan Mustapha Kamal turut sama menjayakan drama epik ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN