TELUK INTAN 20 Ogos – Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap 31 Ogos mungkin tidak begitu membawa makna bagi sesetengah rakyat khususnya golongan muda. Namun, bagi pesara tentera, Muhammad Nordin Tuah, 78, atau lebih mesra dipanggil Pak Din, nyawanya hampir melayang ketika menentang komunis pada 8 Mac 1979 demi mempertahankan kedaulatan negara yang dibentuk pada tarikh keramat tersebut. Bagi Muhammad Nordin, bukan mudah untuk negara mencapai kemerdekaan, namun lebih payah…










