Nurul Izzah bantah Rahim Noor jadi fasilitator damai - Utusan Malaysia

Nurul Izzah bantah Rahim Noor jadi fasilitator damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thailand.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam catatan akaun Twitternya menyifatkan Abdul Rahim sebagai ‘penye­rang ganas’ ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.

“Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari,” katanya dipercayai merujuk kepada kes bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbuk oleh Abdul Rahim ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Abdul Rahim yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara kelima dari 1994 hingga 1999 menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang bertindak sebagai fisilitator proses perdamaian antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional serta Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu.

Abdul Rahim ketika menjadi Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia pernah terlibat dalam proses perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya di Hat Yai, Thailand pada tahun 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×