NUFAM gesa kerajaan selesaikan isu kenaikan gaji - Utusan Malaysia

NUFAM gesa kerajaan selesaikan isu kenaikan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kerajaan diminta campur tangan dalam menangani isu gaji dan elaun kru kabin yang didakwa tidak dibayar secara munasabah oleh syarikat penerbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya sudah berkali-kali mengutarakan permasalahan tersebut kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan, namun aduan itu seolah-olah tidak dipedulikan tanpa apa-apa tindakan diambil.

Ekoran itu, jelas NUFAM, pekerja sektor itu terpaksa menanggung kos tinggi disebabkan caj ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mahal walaupun menggunakan pengangkutan awam.

“Semua syarikat penerbangan telah mengaut keuntungan mencecah berbilion ringgit namun, bayaran gaji serta kenaikan elaun untuk pekerja masih tidak setimpal.

“Kru kabin terpaksa membayar kos pengangkutan pergi ke tempat kerja yang semakin meningkat. Malah, terdapat syarikat penerbangan yang masih berdalih untuk membayar elaun pengangkutan ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini