LEBIH 60 tahun dahulu, rancangan televisyen aneka ragam kanak-kanak popular Amerika Syarikat, Club Mickey Mouse pertama kali ditayangkan melalui saluran ABC terbitan syarikat media dan hiburan unggul dunia, Walt Disney Productions. Barangkali nama-nama seperti Jimmie Dodd, Roy Williams atau Annette Funicello kedengaran asing terhadap masyarakat terutama golongan kanak-kanak hari ini, sedangkan mereka adalah individu terawal yang memperkenalkan fenomena jenama berkenaan. Mereka adalah sekumpulan remaja digelar Mouseketeers. Pada ketika itu, televisyen…