Norazam ketuai IPD Seri Alam - Utusan Malaysia

Norazam ketuai IPD Seri Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Ogos – Jawatan Ketua Polis Daerah Seri Alam kini disandang Superintenden Norazam Shaari berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis daerah berkenaan dilantik menggantikan Superintenden Jokhiri Abd. Aziz yang bersara wajib selepas berkhidmat lebih 39 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, dekat sini dan disaksikan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berlangsung majlis serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Seri Alam antara isteri Jokhiri, Sawian Ng Abdullah dengan isteri Norazam, Deputi Superintenden Khairul Akmam Ibrahim yang disaksikan oleh Naib Pengerusi Perkep Kontinjen Johor, Datin Johariah Urib Mohd. Ariffin.

Terdahulu, Norazam menye­rahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam kepada Deputi Superintenden Shahrul­anuar Mushaddat Abdullah Sani yang turut disaksikan oleh Jo­khiri.

Shahrulanuar sebelum ini memegang jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam.

ADS:D

Dalam pada itu, Jokhiri me­ngucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan yang memberi ruang dan peluang serta kepercayaan kepada beliau mengetuai IPD Seri Alam.

“Saya mencurahkan yang terbaik kepada IPD Seri Alam de­ngan kerjasama, semangat setia kawan serta semangat berpasukan yang ada.

“Pesan saya kepada pegawai dan anggota yang masih ber­khidmat supaya kekalkan integriti dan menjaga imej polis supaya masyarakat dapat menerima pa­sukan dengan baik,” katanya.

Mohd. Kamarudin turut menzahirkan penghargaan atas sumbang bakti Jokhiri kepada Kontinjen Johor dan IPD Seri Alam selama ini.

“Saya lihat beliau (Jokhiri) mempunyai kredibiliti dan keupayaan yang baik dalam menjalankan tugas sebagai ketua dan saya berharap penggantinya, Norazam yang berpengalaman sebagai timbalan dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN