SEPERTI cerita yang tak kunjung padam, kelihatannya kes penderaan bayi dan kanak-kanak di negara kita seolah-olah cerita kitar semula yang diulang setiap tahun. Apa yang berubah hanyalah sekadar watak dan tempat, namun secara umumnya ia berakhir dengan senario yang menyayat hati. Bayangkan betapa bayi yang hanya berusia beberapa tahun telah dipukul atau menjadi mangsa seksual penjaganya. Kisah ini, pastilah akan berulang lagi selagi orang dewasa tidak memahami peranannya sebagai penjaga.…










