APABILA berbicara tentang persembahan sarkas, tentu ia membawa kenangan ketika berada di zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu. Pada masa tersebut, antara hiburan popular menjadi pilihan ketika malam minggu tentunya pesta ria bergerak atau funfair yang bukan sahaja menawarkan tarikan seperti roda ferris dan rumah berhantu, malah persembahan sarkas yang mampu membuatkan penonton ‘jatuh rahang’ dengan lagak ngeri luar biasa. Masa bergulir, biarpun persembahan sarkas yang membawa penonton menelusuri nostalgia dunia…










