JAKARTA 26 Ogos – Datuk Nicol David kini boleh bersara dengan tenang apabila memahat nama sebagai atlet terbaik Malaysia dalam sejarah Sukan Asia selepas merangkul pingat emas ketujuhnya sepanjang temasya. Membuat penampilan sulung Sukan Asia di Bangkok 1998, Nicol menewaskan rakan senegara yang 16 tahun lebih muda, S. Sivasangari untuk menghadiahkan pingat emas kedua kontinjen Malaysia dalam temasya Jakarta-Palembang. Lebih istimewa, kejayaan itu hadir pada hari ulang tahunnya yang ke-35,…










