JAKARTA – Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol David mendapat hadiah hari jadi yang tepat buat dirinya apabila memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Skuasy, Gelora Bung Karno di sini hari ini. Pemain nombor sembilan dunia yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini, diasak semaksimum mungkin oleh pemain remaja kebangsaan, S.Sivasangari sebelum memenangi perlawanan lima set yang sengit dengan keputusan 11-13,…










