KUALA LUMPUR – Meskipun pementasan teater, Kembang Layarku menjadi bahan cemuhan khalayak selepas ia tular baru-baru ini, pengasas Sanggar Teater, pelakon Fauziah Nawi tidak berkecil hati dengan perkara tersebut. Hal ini kerana, pelakon berusia 65 tahun itu berkata, teater tersebut telah dipentaskan pada 27 hingga 29 Julai lalu dan tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut turut habis dijual. “Teater Kembang Layarku sebenarnya dah lama dipentaskan. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas,…










