Nasib tiga beradik dapat perhatian - Utusan Malaysia

Nasib tiga beradik dapat perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Nasib tiga beradik di yang tidak bersekolah kerana miskin di Kampung Panggong Lalat di sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim hari ini.

Beliau bertindak segera mengunjungi rumah tiga beradik itu untuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak bersekolah sejak lebih setahun lalu.

Tiga beradik itu ialah Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, Nur Alia Adila, 11, dan Nur Alia Apira, 9.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Syahbuddin ketika ditemui di rumah tiga beradik itu berkata, dia berasa sedih melihat keadaan tiga beradik berkenaan yang mahu bersekolah semula.

“Amat malang bagi tiga beradik ini jika tidak diberi pendidikan yang sempurna kerana mereka daripada keluarga miskin,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan kisah tiga beradik tersebut yang terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan keluarga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini