Najib selesai beri keterangan kali kedua - Utusan Malaysia

Najib selesai beri keterangan kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kenderaan dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan pekarangan Menara KPJ, Jalan Tun Razak, dekat sini kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Beliau yang datang untuk memberikan keterangan buat kali kedua hari ini didapati menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 dipercayai milik seorang daripada peguamnya.

Terdahulu, Najib dikatakan tiba di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini antara pukul 9 hingga 9.30 pagi tadi menaiki kenderaan lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isnin lalu, Najib dipanggil ke pejabat AMLA bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekitar pukul 10 pagi.

Siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) AMLA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini