Najib fail rayuan perintah larangan - Utusan Malaysia

Najib fail rayuan perintah larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya berhubung perintah larangan terhadap media.

Notis rayuan itu juga telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara kira-kira pukul 3 petang tadi.

Pada Jumaat lalu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menolak permohonan tersebut atas alasan ia merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna jawatan berhubung wang RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan ke atas keempat-empat pertuduhan berkenaan selain tiga pertuduhan baharu iaitu beliau didakwa menerima wang RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN