Nafi beri laluan kepada Anwar - Utusan Malaysia

Nafi beri laluan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menafikan khabar angin kononnya beliau melepaskan kerusi yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Noor Azmi mendakwa, diri­nya tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu.

“Saya tidak pernah dihubungi mana-mana pihak berkaitan perkara itu. Ia tidak benar. Saya tidak tahu apa pun,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whats­App kepada Kosmo! semalam.

Kenyataan beliau itu sebagai mengulas laporan portal FMT tentang tindakannya menemui Anwar dan menawarkan keru­sinya kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×