SEMPORNA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan MyKad kepada pendatang asing tanpa izin di negeri ini adalah tohmahan daripada pihak pembangkang. Beliau yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata pemberian MyKad hanya diberikan kepada individu layak dan bukannya Pati. Katanya, pembangkang cuba membuat tohmahan tidak bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dinaungi Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan serta Upko. “Cumanya kita cuba…










