Musa sekali lagi tidak hadir sidang DUN - Utusan Malaysia

Musa sekali lagi tidak hadir sidang DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman sekali lagi gagal hadir pada pembukaan rasmi mesyuarat kedua penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-15 di Bangunan DUN di sini pagi ini.

Musa yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah tidak kelihatan sepanjang persidangan berlangsung kerana kini dikatakan sedang menjalani rawatan kesihatan di London.

Bagaimanapun, ketidakhadiran Musa sudah dijangka memandangkan peguam yang mewakili beliau, Tengku Fuad Tengku Ahmad memaklumkan telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali pada 30 Julai lalu.

Surat tersebut dipercayai berkaitan permohonan Musa untuk menangguhkan tempoh mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga.

Ia berikutan doktor yang merawat Musa di luar negara melarang beliau pulang ke Sabah buat masa ini dengan alasan masalah kesihatan dan masih menjalankan beberapa prosedur rawatan.

Setakat ini Musa sahaja yang belum mengangkat sumpah sebagai ADUN dan beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk berbuat demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN