Musa masih berada di SJMC - Utusan Malaysia

Musa masih berada di SJMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai masih berada Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah kesihatannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut seorang pelawat yang enggan dikenali, Musa masih berada di hospital tersebut namun enggan mengulas lanjut berhubung keadaannya.

“Ketika saya turun sebentar tadi dia (Musa) masih tidur dan kami masih belum mendapat sebarang perkembangan berhubung tahap kesihatannya.

“Saya sendiri belum sempat bertanya kepada beliau tentang tahap kesihatannya kerana waktu saya melawat tadi dia sedang tidur,” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, Musa dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman hari ini kemudiannya mengesahkan Musa tidak dapat mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Musa yang merupakan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah tersebut masih mempunyai tempoh mengangkat sumpah sebagai ADUN sebelum 11 September depan sebelum kerusinya itu diisytiharkan kosong. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN