KOTA KINABALU 21 Ogos – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman disahkan berada di Hospital The Clementine Churchill, London untuk menerima rawatan dan dijangka pulang ke tanah air tidak lama lagi. Musa Aman dirawat di Hospital The Clementine Churchill, London. Gambar Facebook Mohd. Joh Wid Setiausaha Politiknya, Mohd. Joh Wid bagaimanapun berkata, beliau perlu menerima rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura terlebih dahulu sebelum tiba di negara ini.…










