Musa angkat sumpah petang ini? - Utusan Malaysia

Musa angkat sumpah petang ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 24 Ogos – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
SYED ABAS SYED ALI
SYED ABAS SYED ALI

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Syed Abas Syed Ali berkata, persediaan telah dibuat di pejabatnya untuk mengadakan upacara tersebut.

Beliau berkata, pihak Musa telah memaklumkan untuk hadir, namun beliau tidak dapat mengesahkan lebih lanjut.

“Ya, kami buat persediaan seperti biasa kalau beliau hadir maka kita teruskan.

“Kami tidak tahu sama ada dia akan datang tetapi sudah dijanjikan hari ini, kalau tidak hadir kita buat lain kali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia pagi ini.

Musa yang telah kembali ke negera ini Selasa lalu diberikan tempoh sehingga 11 September depan untuk mengangkat sumpah, jika gagal kerusi yang dimenanginya akan terbatal.

Difahamkan, ketika ini, beliau yang ditahan polis semalam masih berada di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Selangor untuk memberikan keterangan kepada polis berhubung siasatan terhadapnya.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN