KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditangkap bagi membantu siasatan berhubung laporan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika dirawat di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di Subang Jaya, Selangor semalam. “Tan Sri Musa Aman ditangkap pukul 10 pagi tadi (semalam). Polis memohon tahanan reman terhadapnya tetapi tidak diluluskan oleh majistret,” katanya ringkas kepada Kosmo!…










