JAKARTA 28 Ogos – Malaysia meraih pingat gangsa menerusi gandingan ‘bidan terjun’ Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10 meter platform seirama di Sukan Asia 2018, sebentar tadi. Pasangan negara itu meraih catatan 310.80m manakala pingat emas menjadi milik pasangan China, Zhang Minji-Zhang Jiaqi dengan catatan 361.38 mata dan pingat perak menjadi milik Korea Utara. Catatan itu menyamai pencapaian empat tahun lalu di Incheon menerusi gandingan Mun Yee-Pandelela Rinong.…










