Muhyiddin mulakan tugas apabila sihat - Utusan Malaysia

Muhyiddin mulakan tugas apabila sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tan Sri Muhyiddn Yassin yang baru mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat hari ini hanya akan memulakan tugas apabila kesihatannya betul-betul pulih.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau perlu hadir ke Parlimen hari ini walaupun masih keadaan kesihatannya masih dalam proses pemulihan kerana upacara mengangkat sumpah itu cukup penting.

“Saya belum boleh kembali bekerja sepenuhnya, saya ke sini bagi menghadiri upacara mengangkat sumpah kerana kalau saya tidak ke sini dalam tempoh 60 hari kerusi saya akan kosong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya baru bercakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berterima kasih kepada beliau kerana memberi seluas-luasnya ruang selain meminta saya supaya tidak fikir apa-apa, jaga kesihatan sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, pada 12 Julai lalu.

Beliau menjalani pembedahan itu di Singapura dan dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth pada minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN