KUALA LUMPUR 11 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kembali bertugas minggu hadapan selepas keadaan kesihatannya semakin baik setelah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas, 12 Julai lalu. Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim berkata, Muhyiddin juga akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh dalam sidang Dewan Rakyat, Selasa ini dan menghadiri beberapa mesyuarat. Namun begitu, kata Hafiz, Muhyiddin akan terus menjalani rawatan susulan untuk tempoh enam…