KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2018 – Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof, pada sidang Dewan Rakyat kali ke-14 di Parlimen di sini hari ini. GAMBAR: SAIFUL BAHARI ASHARI
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.
Memuatkan artikel berkaitan…
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pancreas, pada 12 Julai lalu.
Beliau menjalani pembedahan di Singapura dan dibenarkan keluar dari Hospital Mount Elizabeth pada minggu lalu. – UTUSAN ONLINE











