KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat, kerajaan perlu menggalakkan penganjuran pasar percuma sebagai mekanisme berkesan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Mufti yang bersifat kritikal terhadap isu-isu semasa berlaku di negara ini berkata, penganjuran pasar percuma itu akan memberi ruang kepada semua pihak untuk menyumbang mengikut kemampuan tidak mengira sektor korporat atau individu perseorangan. “Sumbangan ini meliputi pelbagai keperluan seperti makanan, minuman, alatan dapur dan pakaian…










