KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka berlegar antara paras RM2,200 satu tan metrik dan RM2,400 satu tan metrik pada separuh kedua 2018 atas sokongan permintaan terhadap biodiesel dan kemungkinan pertumbuhan pengeluaran tempatan tidak setinggi yang dijangka. RAM Rating Services Bhd berkata, harga MSM susut kepada kira-kira RM2,100 satu tan metrik kebelakangan ini dalam keadaan permintaan yang lembap, peningkatan pengeluaran dan kebimbangan akan berlakunya perang perdagangan antara Amerika…









