MPSJ serah 480 anak pokok kepada 32 buah sekolah - Utusan Malaysia

MPSJ serah 480 anak pokok kepada 32 buah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 16 Ogos – Sebanyak 480 anak pokok diserahkan kepada peserta program Kebun Komuniti Sekolah anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang disertai oleh 32 buah sekolah dari kawasan ini.

Pengagihan anak-anak pokok sayuran seperti cili dan bendi kepada 16 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah itu dilakukan oleh Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali di Kebun Komuniti USJ 6 di sini.

Mohd. Zulkurnain berkata, program itu adalah inisiatif permulaan MPSJ mewujudkan suasana hijau di kawasan sekolah selain memupuk semangat peserta dalam pertandingan Kebun Komuniti Modul Landskap Sekolah yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada guru dan pelajar mengenai kepentingan serta kelebihan penanaman sayur-sayuran di kawasan sekolah selain tumbuhan landskap,” katanya dalam ucapan perasmiannya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN