Moradi cipta rekod dunia angkat berat - Utusan Malaysia

Moradi cipta rekod dunia angkat berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA, Indonesia – Jaguh angkat berat Sukan Olimpik kelahiran Iran, Sohrab Moradi sekali lagi melakukan kejutan pada Sukan Asia 2018 apabila memecah rekod dunia acara angkat berat pa­ling lama dalam sejarah untuk merangkul pingat emas di JIExpo Kemayoran Jakarta, Indonesia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Moradi berjaya melakukan angkatan bebanan berjumlah 189 kilogram (kg) dalam disiplin snatch ka­tegori 94kg sekali gus memadam rekod dunia 188kg yang dilakukan oleh atlet Greece, Akakios Kakiasvilis pada tahun 1999.

Atlet berusia 29 tahun tersebut turut mencatatkan rekod baharu Sukan Asia dengan jumlah ke­seluruhan 410kg selepas me­lakukan angkatan bebanan 221kg bagi disiplin clean and jerk.

Sementara itu, atlet dari Qatar, Fares Elbakh merangkul pingat perak, manakala ‘badang’ dari Thailand, Sumpradit Sarat memperoleh pingat gangsa.

Moradi kini memiliki satu set lengkap rekod dunia apabila turut memegang rekod dalam disiplin clean and jerk iaitu 233kg yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia tahun lalu, sekali gus mencatatkan jumlah keseluruhan angkatan bebanan 417kg bagi kategori heavyweight.

“Saya benar-benar berhajat untuk memecah rekod dunia kerana ia satu-satunya peluang terakhir saya dan ia belum lagi saya miliki.

“Saya sangat gembira apabila menyedari nama saya akan sentiasa kekal dalam rekod dunia angkat berat bagi kategori 94kg,” kata Moradi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini