KUALA LUMPUR 28 Ogos – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan didakwa atas kes penyalahgunaan dana sebanyak RM1.5 bilion yang dikaitkan dengan beliau ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu. Malah, kata beliau, Pejabat Peguam Negara memutuskan kes tersebut sebagai `tiada tindakan lanjut’ (NFA)…










