Mohamad Ariff terima kunjungan hormat Duta Besar Palestin - Utusan Malaysia

Mohamad Ariff terima kunjungan hormat Duta Besar Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al-Agha di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kunjungan yang berlangsung selama 40 minit itu membincangkan mengenai usaha dan sokongan Malaysia dalam membantu Palestin daripada menjadi mangsa penindasan.

Menurut Anwar, kunjungan tersebut juga bertujuan mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) dan berharap Palestin terus mendapat sokongan.

“Malaysia merupakan negara yang paling kuat dalam menyokong Palestin terutama dalam usaha mempertahankan kedudukan Baitulmuqaddis.

“Saya berharap hubungan dua negara ini dapat terus terjalin selain mengadakan kerana hubungan Malaysia dengan Palestin ibarat adik beradik,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Anwar turut menyampaikan plak gangsa yang memaparkan motif Masjid al-Aqsa kepada Mohamad Ariff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN