MMA beri jaminan tiada kos tambahan - Utusan Malaysia

MMA beri jaminan tiada kos tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberi jaminan kepada orang ramai bahawa peningkatan yuran konsultasi dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak akan menyebabkan penambahan caj keseluruhan kos perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
 

MMA dalam satu kenyataan menjelaskan, cadangan semakan caj pengamal perubatan am itu sebagai usaha untuk membolehkan perkhidmatan kesihatan di negara ini ditambah baik mengikut kadar bersesuaian.

Pada masa sama, kata beliau, ia bagi memastikan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kesihatan pada tahap terbaik.

“Faedah yang boleh dijangka daripada peningkatan yuran konsultasi ini akan memastikan pengamal perubatan dapat menyediakan perkhidmatan perubatan yang lebih cekap kepada orang ramai.

“Ia sekali gus dapat mengekalkan penjagaan kesihatan yang lebih baik oleh golongan itu sebagai tulang belakang perkhidmatan kesihatan di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Azman Abu Bakar menjelaskan, orang ramai boleh menjangka yuran konsultasi lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN