Mizz Nina tidak putus asa soal zuriat - Utusan Malaysia

Mizz Nina tidak putus asa soal zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengacara Mizz Nina memberitahu dia tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat meskipun usia perkahwinan yang dibina bersama vokalis Hujan, Noh sudah pun memasuki usia tujuh tahun.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 38, berkata, walaubagaimanapun dia tetap percaya dan positif dengan ketentuan rezeki daripada Tuhan. 

“Tiada anak tidak bermakna hidup seseorang itu tidak sempurna dan lengkap. Sampaikan membuatkan kita berasa sedih dan kecewa dengan hidup. Kebahagiaan bukan diukur pada perkara-perkara itu. Sebab tujuan kita di dunia ini adalah untuk mengejar akhirat,” katanya ketika ditemui pada sidang media Yasmin Mogahed Malaysia Tour 2018 di The Curve, Damansara Utama sebentar tadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Dedah Mizz Nina, sebelum ini dia pernah melakukan teknik rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat dan berkongsi tentang perkara berkenaan di blognya. 

“Saya pernah berusaha menjalani rawatan IVF tetapi tidak berjaya. Mungkin belum rezeki untuk saya dan suami memiliki anak sendiri. 

“Namun kehidupan saya sekarang tetap bahagia dan saya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya. 

Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN