Mimi Suziana berhasrat untuk pulang tinggal di kampung - Utusan Malaysia

Mimi Suziana berhasrat untuk pulang tinggal di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Mangsa kemalangan maut di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh, Padang Tengku, Pahang semalam pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja di Kuala Lumpur dan pulang menjaga ibunya di Kampung Keluat, di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mimi Suziana Mohamed, 39, dikatakan telah lama bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kira-kira 10 tahun lalu .

Adik mangsa, Norfaizal, 31, berkata, baru- baru ini kakaknya pernah memaklumkan hasrat untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan mahu kembali menetap bersama keluarga. 

“Kakak ada memberitahu dia tidak puas balik beraya seminggu pada Aidilfitri lalu sedangkan cutinya masih panjang hanya disebabkan ketiadaan tiket bas.

“Kali ini mereka tiga beradik sepakat menyewa kereta selain memenuhi hasrat keluarga untuk melaksanakan ibadat korban seekor kambing yang disediakan ayah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Keluat, di sini malam tadi. 

Dalam kemalangan terbabit dua adik mangsa iaitu Norfasmida, 24; Ahmad Faris, 16, serta rakan Norfasmida iaitu Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, turut terkorban.

Jenazah tiga beradik itu tiba di kampung halaman mereka pada pukul 2.50 pagi sebelum disemadikan dalam satu liang lahad pukul 3.20 pagi. 

Adik mangsa, Norfasmida adalah penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang dan Ahmad Faris penuntut di Kolej Vokasional Seremban, Negeri Sembilan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN