Messi ‘merajuk’, enggan sertai aksi persahabatan Argentina - Utusan Malaysia

Messi ‘merajuk’, enggan sertai aksi persahabatan Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 16 Ogos – Kapten skuad La Albiceleste, Lionel Messi disahkan terlepas dua aksi persahabatan di Amerika Syarikat (AS) bulan depan, kata sumber rapat Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) kepada Reuters hari ini.

Sumber tersebut, yang mengesahkan laporan media Argentina berhubung situasi Messi semalam berkata, penyerang Barcelona itu bukan sahaja akan terlepas aksi menentang Guatemala dan Colombia, malah mungkin akan lebih.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini tetapi buat masa sekarang (Messi) memberitahu kakitangan kejurulatihan bahawa dia tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad seterusnya,” kata sumber itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber tersebut turut memberitahu, Messi masih bersedih dengan prestasi buruk Argentina ketika di Piala Dunia, di mana mereka tersingkir di peringkat 16 terakhir kepada juara kejohanan berkenaan, Perancis. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN