ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menyatakan kepedulian kami terhadap usaha membangun pendidikan yang lebih berkualiti khususnya di Negeri Sarawak. Kami merujuk laporan berita muka depan akhbar The Borneo Post bertarikh 27 Ogos 2018 berjudul “Inadequate Chance to Improve: Minister Says Teachers, Headmasters and Principals Not Given Continuous Courses to Enhance Their Capability” . Akhbar tersebut menyiarkan laporan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) Datuk Seri Michael Manyin…










