ESOK seramai 50,800 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sekali lagi turun memilih wakil rakyatnya hanya selepas tiga bulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu. Berdasarkan perkiraan atas kertas, PKR dikatakan tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi tersebut. Bahkan mereka cukup yakin berupaya menang dengan majoriti besar di kawasan yang 71 peratus pengundi Melayu,…










