ESOK, umat Islam akan menyambut Aidiladha. Ketika umat Islam di Mekah sedang menunaikan ibadat haji di sana iaitu tawaf dan melontar jamrah, ramai antara umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan Aidiladha dengan menyembelih binatang ternakan. Kita sangat bersyukur kerana ramai antara kita yang berkemampuan mengadakan ibadat korban yang menambahkan kemeriahan Aidiladha. Berbanding dengan sesetengah negara, kesederhanaan dan kemiskinan hidup membuatkan kebanyakan mereka tidak dapat melakukan ibadat tersebut. Di samping…










