KOTA BHARU 14 Ogos – Pas menganggap menteri-menteri yang menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai kumpulan yang sedang ‘bergelut’ dengan jawatan masing-masing. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pergelutan itu jelas kelihatan menerusi beberapa insiden ‘silly mistake’ atau kesilapan kurang bijak sehingga menteri-menteri terbabit terpaksa meminta maaf secara terbuka. Selain itu katanya, kesilapan dalam membuat kenyataan umum, menjawab soalan di Dewan…










