MELAKA 14 Ogos – Ibu kepada seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng di sini memberitahu bahawa anaknya sering mengigau sambil menangis serta menyebut perkataan sakit sejak tiga bulan lalu. Nur Hasriha Mohamad, 27, berkata, dia mula curiga dengan kelakuan anaknya itu dan mengesyaki ada kaitan dengan pusat tersebut, namun menolak sebarang tanggapan kerana sikap gurunya yang baik. “Saya mulanya mengesyaki anak didera tetapi tidak percaya cakap anak kerana mungkin bergurau. Bagaimanapun, apabila tiba waktu malam ketika tidur, dia sering menangis sambil cakap ‘sakit’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya