Menjadi tetamu di Jabal Rahmah
Buminya terhampar segala doa
Kerdil kita mensyukuri rahmat-Nya
Penghapus segala dosa
Ketika jejari berlari di tasbih
Bibir basah berzikir
Bukalah jendela hati ketulusan
Segala dugaan rela diterima
Menebal cahaya keimanan
Mencari keredaan Arafah
Di sini kita mengenal asal diri
Berbondong-bondong manusia
Bawah terik mentari kesabaran
Suburkan benih-benih keikhlasan
Kerana di Mahsyar dunia ini
Masih ada jalan pulang
Tetamu yang dijemput
Beribu langkah mencari mabrur
Kurnian syurga tempatnya
NORDIN HASHIM
Kepala Batas, Seberang Perai










