BEKALAN air bersih merupakan nadi kehidupan kepada setiap makhluk bernyawa di muka bumi ini. Sama ada manusia, haiwan ataupun tumbuhan, air diperlukan untuk kelangsungan hidup. Ada pendapat menyatakan manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari tanpa air untuk terus bernyawa. Lebih lama daripada tempoh itu meletakkan risiko manusia kehilangan nyawa akibat dihidrasi. Sudah tentu bekalan air bersih diperlukan. Untuk menguruskan sumber air bukanlah mudah. Namun, kerjasama pelbagai agensi berkaitan berjaya…










