Melaka akan laksana pemberian peruntukan sukan lebih sistematik - Utusan Malaysia

Melaka akan laksana pemberian peruntukan sukan lebih sistematik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Ogos – Kerajaan negeri akan memastikan pemberian peruntukan kepada semua pertubuhan dan persatuan sukan di negeri ini dilaksanakan dengan lebih sistematik pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, perkara tersebut kini dalam perbincangan pihaknya dan beliau akan memastikan semua persatuan sukan mendapat maklumat lebih awal mengenai jumlah peruntukan yang disediakan untuk mereka membuat perancangan awal.

“Sebelum ini kerajaan negeri melihat sistem pemberian peruntukan kepada persatuan-persatuan sukan tidak dilaksanakan dengan efektif sehingga mematahkan semangat para atlet untuk berbakti kepada negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, persatuan mohon peruntukan RM1 juta setahun tetapi kita faham kerajaan negeri tidak mampu lalu janjikan RM100,000 tetapi bantuan itu tidak diterima,” katanya dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri ke-14 di Seri Negeri di sini sebentar tadi.

GUE TECK
GUE TECK

Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) menjawab soalan tambahan Gue Teck (PKR-Klebang) mengenai langkah diambil kerajaan negeri bagi memastikan atlet-atlet negeri ini tidak berhijrah keluar dan insentif diberikan kerajaan negeri kepada persatuan dan pertubuhan sukan di Melaka.

Mengulas lanjut, Chee Yee berkata, pihaknya akan memastikan semua persatuan sukan yang dijanjikan imbuhan dan bantuan akan dimaklumkan lebih awal agar mereka dapat membuat perancangan untuk atlet.

“Sebagai contoh, jika kita setuju beri peruntukan RM100,000 kita akan beritahu awal supaya persatuan boleh bersedia dan langkah ini dapat memastikan atlet mendapat kemudahan manakala pertubuhan sukan mempunyai kewangan yang cukup,” katanya.

NOR AZMAN HASSAN
NOR AZMAN HASSAN

Sebelum itu beliau ketika menjawab soalan lisan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) mengenai jumlah insentif bulanan yang diberikan kepada persatuan sukan memaklumkan, tiga program di bawah kerajaan negeri menyediakan insentif antara RM150 hingga RM500 sebulan iaitu program emas, Sukan Malaysia (Sukma), dan program khas Sukma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN