Mekanik parah dihempap bas - Utusan Malaysia

Mekanik parah dihempap bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang mekanik parah di kepala akibat dihempap ketika menukar tayar sebuah bas semasa kejadian pukul 9.30 pagi di tempat kerjanya dekat Jalan Kampung Temin di sini hari ini.

Difahamkan, Abd. Rahman Ishak, 39, mengalami kecederaan itu semasa sedang memasang jek hidraulik di bawah bas berkenaan sebelum dihempap kenderaan tersebut.

“Sebelum kejadian, dia (mangsa) berada di bawah bas untuk memasang jek kerana hendak menukar tayar .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba-tiba bas jatuh dari jek dan menghempap dia yang berada di bawah. Kawan sekerja yang melihat kejadian itu cuba membantu mengeluarkan dia dari bawah bas.

“Pemilik bengkel yang turut melihat kejadian itu terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” ujar sepupu mangsa, Mohd. Zamri Umor, 33, kepada Kosmo! di sini.

Sejurus diselamatkan dengan bantuan orang ramai, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dikejarkan ke Hospital Jerantut untuk diberikan rawatan.

Mangsa yang separuh sedar semasa diselamatkan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×