JERANTUT – Seorang mekanik parah di kepala akibat dihempap ketika menukar tayar sebuah bas semasa kejadian pukul 9.30 pagi di tempat kerjanya dekat Jalan Kampung Temin di sini hari ini. Difahamkan, Abd. Rahman Ishak, 39, mengalami kecederaan itu semasa sedang memasang jek hidraulik di bawah bas berkenaan sebelum dihempap kenderaan tersebut. “Sebelum kejadian, dia (mangsa) berada di bawah bas untuk memasang jek kerana hendak menukar tayar . “Tiba-tiba bas jatuh…










