KUALA LUMPUR – Kebebasan media yang diharapkan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) benar-benar terlaksana apabila pengamal media utama semakin berani dan terbuka dalam setiap laporan masing-masing.
Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Yusri Ibrahim (gambar kecil) berkata, media utama sama ada elektronik, bercetak atau media atas talian dilihat semakin berani dan terbuka mengkritik kerajaan, termasuk mengkritik menteri-menteri kerajaan.
“Sesuatu yang kita tidak nampak sebelum ini. Dalam konteks kebebasan media, memang ada perbezaan ketara antara kerajaan PH dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, sekurang-kurangnya untuk 100 hari pertama ini.
“Media masa utama contohnya Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dimiliki penuh kerajaan, TV3 dan Astro juga berani menjemput pemimpin-pemimpin utama pembangkang sebagai tetamu bual bicara mereka, sudah tentu sebahagiannya digunakan untuk mengkritik kerajaan. Sehingga kini tidak nampak kerajaan cuba untuk menyekat situasi ini, media masih dibiarkan bebas menjalankan peranan dan fungsi mereka.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











