MCA lancar Deklarasi Balakong - Utusan Malaysia

MCA lancar Deklarasi Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – MCA melancarkan Deklarasi Balakong yang mengandungi lima ‘rukun’ sebagai sebahagian langkah mereformasikan parti itu selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Deklarasi Balakong itu melambangkan perjalanan baharu MCA yang sedang melalui era transformasi bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Antara kandungan deklarasi itu katanya, MCA akan melakar laluan penentuan masa depannya yang tersendiri demi rakyat.

“MCA akan memperkasakan diri dan kuasa politik kami dengan parti-parti lain untuk kembali ke pangkal dan asas perjuangan MCA,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MCA Sungai Chua dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN