MBSA anjur Hari Tanpa Kenderaan bertema kemerdekaan - Utusan Malaysia

MBSA anjur Hari Tanpa Kenderaan bertema kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Ogos – Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini, semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran program tersebut merupakan inisiatif pihaknya ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemari alam sekitar.

“Sempena Hari Kebangsaan 2018, kali ini MBSA menganjurkan program kayuhan yang disertai kira-kira 400 orang.

“Langkah ini adalah selaras dengan hala tuju MBSA mempromosi Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030,” katanya di sini, semalam.

Shahrin menambah, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya pelepasan peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas oleh Kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Katanya lagi, bagi menarik penyertaan orang ramai, MBSA juga menyediakan permainan wall climbing, cabutan bertuah, perpustakaan bergerak, food truck, Tourism Street, Chu Cu Train, pameran keselamatan oleh Pasukan Tindakan Segera (Pantas) MBSA dan jualan pokok serta baja kompos.

“Program Eco-Free Market juga diadakan iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan.

“Selain itu, turut diadakan program yang menampilkan artis jemputan, Daqmi untuk pengisian aktiviti Jom Picnic Dhuha serta bacaan puisi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN